Home Syarat & Peraturan Peta Laluan & Tempat
Pendaftaran
Semakan


ATURCARA LARIAN GEMPAK & UNIVERSITI SELANGOR
2017

  1) TARIKH : 30 DISEMBER 2017 (SABTU)   

  2) TEMPAT: DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM, SELANGOR

  3) MASA:

6.00 AM : PENDAFTARAN PESERTA
6.30 AM : ZUMBA
7.00 AM : LARIAN BERMULA
7.45 AM : TAMAT LARIAN, CABUTAN BERTUAH DAN BERSURAI

4) SYARAT DAN PERATURAN

  • LARIAN GEMPAK & UNIVERSITI SELANGOR dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
  • Penyertaan hanya dibuka bagi warganegara Malaysia sahaja. Pengecualian kepada syarat warganegara hanya diberikan kepada pelajar dan staff UNISEL.
  • Yuran Penyertaan adalah RM15 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja) dan mestilah dibuat secara Online Banking (Fund Transfer) sahaja ke No Akaun : 8600836700 [CIMB] atas nama UNIVERSITI SELANGOR sebelum atau pada 28 DISEMBER 2017 (Rabu).
  • Borang penyertaan perlu diisi secara online di http://larian.unisel.edu.my.
  • Penyertaan hanya sah bagi borang yang diisi dengan lengkap beserta SLIP BAYARAN SECARA Online Banking (Fund Transfer) yang dimuatnaik bersekali.
  • Sila bawa MAKLUMAT PENDAFTARAN dan SLIP PEMBAYARAN (original) semasa waktu pendaftaran pada hari larian untuk tujuan edaran baju.
  • Penyertaan terhad kepada 800 penyertaan terawal sahaja. (first come first serve).
  • LARIAN TRANSFORMASI UNISEL bukanlah acara larian kompetitif.
  • Semua kos berkaitan dengan permohonan bukan di bawah tanggungan penganjur.
  • Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum menyertai acara ini.
  • Peserta perlu disahkan sihat untuk menyertai acara (setelah terpilih). Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang mungkin berlaku atas sebab kegagalan peserta mematuhi langkah keselamatan atau mengisytiharkan tahap keadaan kesihatan.
  • Peserta bersetuju untuk memberi maklumat yang sah, terkini dan lengkap. Penganjur akan menghubungi peserta dari masa ke semasa melalui emel. Sebarang maklumat yang dihantar kepada peserta dianggap diterima oleh peserta. Sekiranya peserta mengemukakan maklumat yang diragui, tidak tepat atau tidak lengkap, dan/atau jika penganjur mendapati bahawa maklumat yang diberikan meragukan, tidak lengkap atau tidak tepat, penganjur berhak menggantung atau membatalkan penyertaan.
  • Penganjur berhak mengubah tarikh, tempat atau membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada peserta. Walau bagaimanapun penganjur akan mengambil langkah memaklumkan kepada peserta. Sebarang maklumat terkini mengenai acara akan dimaklumkan melalui laman web www.unisel.edu.my atau http://larian.unisel.edu.my/ dan adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini berkaitan dengan acara.
  • Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang isu yang timbul atas perubahan yang berlaku.
  • Penganjur berhak meminda laluan larian (‘Laluan’) yang dianggap selamat bagi peserta dan/atau bagi tujuan mengelak sebarang halangan atau kejadian ketika acara berlangsung pada bila-bila masa tanpa sebarang notis pada peserta. Dalam hal demikian, setiap usaha akan dibuat untuk memaklumkan peserta mengenai sebarang perubahan sebelum tarikh bermulanya acara. Sebarang perubahan akan dimaklumkan di Laman Web Rasmi acara. Peserta bertanggungjawab mendapatkan maklumat mengenai sebarang perubahan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ketidakselesaan yang timbul disebabkan perubahan berkenaan.
  • Peserta perlu mematuhi laluan larian yang telah ditetapkan, arahan pegawai keselamatan, pegawai pengurusan trafik, pengurusan acara dan mana-mana pegawai penguatkuasa. Peserta perlu mengambil langkah berhati-hati sepanjang masa dan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan peserta.
  • Penganjur berhak menggunakan gambar, rakaman video atau mana-mana rakaman media semasa acara berlangsung untuk tujuan yang sah seperti promosi dan pengiklanan.
  • Penganjur berhak meminda syarat dan peraturan acara tanpa sebarang notis.
  • Peserta perlu memastikan telah membaca dan memahami Notis Akta Perlindungan Data Peribadi berkaitan pengumpulan data, penggunaan serta pengurusan data. Dengan membaca dan memahaminya, peserta bersetuju membenarkan penganjur dan/atau apa juga syarikat subsidiarinya mengumpul, menyimpan, mengguna dan mendedahkan data peribadi peserta untuk kegunaan seperti dinyatakan dalam Notis Perlindungan Data Peribadi.
  • Peserta yang mendaftarkan penyertaan bagi pihak orang lain mesti mengisytiharkan bahawa mereka telah mendapat persetujuan daripada individu yang dinamakan dalam borang pendaftaran untuk tujuan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data perbadi individu berkenaan kepada penganjur, penganjur bersama dan pihak penyedia perkhidmatan yang lain.